fbpx

Resepi Daging Masak Hitam. Sangat Menyelerakan Dan Yang Penting Sedap!

iCookAsia

Mesti teringin nak makan Daging Masak Hitam kan? Rasa nya sangat sedap dan bukan macam lauk daging yang biasa dimakan. Dapat pula dihidangkan dengan nasi panas, memang menjadi. Menambah la jawapannya hehe.

Mesti tak sabar nak cuba kan? Jom kita try.

Terima kasih untuk Burger Meleleh BP perkongsian resipi Daging Masak Hitam ini ๐Ÿ™‚

Bahan-bahan:

Bahan A:

Daging dihiris

Bahan B (Untuk Dikisar):

Bawang besar

Bawang putih

1 inci halia

Cili kering

2 inciย  lengkuas

2 batang serai

Bahan C (Untuk Sangai, Dikisar Kering):

2 sudu ketumbar

1 sudu jintan manis

1/2 sudu jintan putih

Bahan D:

Gula

Garam sikit sahaja (Kalau letak kicap banyak, tidak perlu garam)

Gula merah

Kicap manis lebih

Sos cili

Sos tiram

3 sekawan (cengkih, kayu manis, bunga lawang)

4 sudu besar serbuk kurma

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan minyak. Tumis bahan yang dikisar dan masukkan bahan yang dikisar halus (disangai). Biarkan pecah minyak. Masukkan 3 sekawan.
  2. Kemudian, masukkan sos cili dan sos tiram.
  3. Masukkan gula pasir dan gula merah, boleh agak-agak sahaja. Kalau nak manis, lebihkan sedikit gulanya.ย 
  4. Masukkn garam sikit sahaja sebab kicap sudah masin.
  5. Masukkan serbuk kurma.
  6. Seterusnya, masukkan daging. Masukkan air lebih sikit supaya dagingnya empuk.
  7. Masukkan kicap manis. Untuk kicap ini biar lebih pun tidak apa..
  8. Masak sampai kering sikit seperti masak rendang. Mengikut kesesuaian. Kalau yang suka ada kuah, renih tidak perlu terlalu lama sangat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Burger Meleleh BP(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x