fbpx

Resepi Dipanggil Sambal Kurang Ajar Sebab Sedap Sangat. Bertambah-tambah Nasi Bila Makan.

iCookAsia

Admin terkejut tengok nama resepi pada awalnya. Sebab apa makanan yang kurang ajar kan? Rupanya inilah Sambal yang buat mereka bertambah-tambah nasi bila makan walaupun dengan Nasi Putih panas-panas sahaja. Sambal ini menjadi kegemaran keluarga seorang pengguna Facebook ini. Sampaikan mereka dah buat sebagai jualan di Shopee. Wah, bila dah buat jualan ni confirm sedap kan?

Selain makan dengan Nasi putih kosong, boleh makan dengan Telur Goyang dan kicap. Katanya, cicah dengan cekodok pun sedap tau! Jom cuba?

Terima kasih Jona MJ untuk perkongsian resipi Sambal Cili Kering ini 🙂

Bahan-bahan:

Cili kering (gunting dulu untuk buang biji dan digoreng garing. Jaga-jaga jangan sampai hangus!)

Bawang merah (a handful. Jangan kedekut, potong 4 cukup dan digoreng hingga layu)

Bawang putih (sama mcm bawang merah kuantitinya)

Ikan bilis (digoreng garing)

Cara memasak:

  1. Semua bahan diatas digoreng berasingan tapi guna minyak yang sama. Nak mudah goreng, goreng ikan bilis dahulu, kemudian bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  2. Chop kasar semua secara berasingan dengan menggunakan chopper. Cili kering (masukkan gula dan garam sekali), kemudian kisar ikan bilis, bawang merah dan bawang putih (masukkan minyak masak anggaran dalam 3/4 cawan).
  3. Campurkan semua bahan yang di chop. Tak perlu masak atas dapur semula tau. 

*Kalau takde chopper boleh tumbuk pakai lesung batu.

  1. Gula bergantung pada kepedasan cili. Kalau cili kering jenis pedas memang letak banyak. 
  2. Selepas itu, letak dalam balang kedap udara. Boleh simpan di luar je tak perlu masuk fridge. *Boleh tahan sampai sebulan. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jona MJ (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x