fbpx

Resepi Donut Yang Simple Tapi Sedap. Sesuai Untuk Makan Petang

iCookAsia

Apa kata cuba buat Donut ini? Mudah sahaja dan yang penting, sedap dan lembut rasa nya. Buat untuk makan pun boleh, disajikan pula dengan secawan kopi. Confirm tak cukup makan satu.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zara Azmira perkongsian resipi Donut ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 bungkus mauripan

2 sudu besar susu pekat

2 sudu besar gula

200 ml air suam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bancuhkan kesemua bahan di atas dalam besen besar dan kacau sekejap. Tunggu selama 10 minit sampai naik buih.

Bahan B:

1/2 kg tepung gandum

1 sudu kecil garam

2 sudu besar margarine

1 biji telur (Dipukul sikit)

Cara membuat:

  1. Selepas sudah naik buih yis tadi, letakkan kesemua bahan di atas dalam besen yis tadi.
  2. Untuk tepung tersebut, jangan tuangkan kesemua, uli sampai tidak melekat pada tangan.
  3. Kemudian, rehatkan doh sampai naik sekali ganda. Selepas sudah naik, tumbuk dan buangkan angin.
  4. Akhir sekali, canaikan ia dan tekan acuan donut. Rehatkan sekejap dan jika sudah nampak naik, baru goreng. Salutkan gula dan boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zara Azmira(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x