fbpx

Resepi Grill Chicken Chop, Lagi Sedap Dengan Sos Blackpepper Yang Cukup Rasa

iCookAsia

Kalau dapat makan Grill Chicken Chop pun sedap ni. Dengan ada nya sos blackpepper yang mantap rasanya, lagi nikmat. Makan western food untuk dinner pun best tau. Bukan itu sahaja, guna sahaja resepi ini, senang sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Eka perkongsian resipi Grill Chicken Chop ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Sos Blackpepper):

1/2 botol kecik sos lada hitam jenama Kimball

3 sudu besar tepung gandum

1 biji bawang holland (potong dadu)

Sedikit cendawan shitake (hiris halus)

Blackpepper powder Aji-Shio

3 sudu besar butter

Air secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan butter dalam kuali dan cairkan.
  2. Masukkan bawang holland.
  3. Apabila sudah sedikit layu, masukkan tepung gandum dan air sedikit demi sedikit. Kalau time ini cair sedikit, tidak apa.
  4. Masukkan sos lada hitam, secukup rasa, blackpepper powder, garam dan bawang shitake.
  5. Kacau sampai pekat mengikut yang anda mahu.

Pengguna Facebook ini guna sos blackpepper ini untuk gravy mashed potato dan perapan ayam.

Bahan B (Grill Chicken Chop):

Ayam

Cara membuat:

  1. Perapkan ayam dengan sos blackpepper yang dibuat tadi
  2. Kemudian, grill kan. Boleh guna non-stick pan sahaja. Tidak perlu minyak.

Bahan C (Mashed Potato):

3 biji kentang bersaiz sederhana (buang kulit dan belah empat)

Susu fresh milk (Boleh guna brand apa sahaja dan kuantiti mengikut masing-masing)

1 sudu besar butter

White pepper powder dan Black pepper powder Aji-Shio

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebus kentang selama 15 minit. Toskan kentang.
  2. Lenyekkan kentang dengan butter.
  3. Kemudian, masukkan susu fresh milk dan gaul sebati.
  4. Akhir sekali, letak white pepper powder dan black pepper powder. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eka(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x