fbpx

Resepi Gulai Daging Darat Sedap Lagi Menyelerakan.

iCookAsia

Resepi ini merupakan resepi dari Kelantan, dan rasa yang dihasilkan juga bukan seperti Gulai Daging biasa. Kalau ada banyak daging korban di rumah, jom cuba resepi ini.

Terima kasih Sis Norey Yusof untuk perkongsian resipi Gulai Daging Darat ini 🙂

Bahan-bahan:

1kg daging

2 paket rempah gulai darat (kalau tiada guna rempah kari daging)

1/2 kg santan

3 biji kentang

1 sudu besar kerisik

Sedikit gula melaka / nisan

Sedikit air asam

Garam secukup rasa

Air untuk merebus

Bahan kisar:

1/2 biji bawang besar

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 tangkai cili merah

1 inci halia

1 sudu besar ketumbar

1 inci lengkuas

Cara memasak:

  1. Satukan daging, bahan kisar dan juga rempah gulai di dalam periuk. Tambah air secukupnya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga daging empuk. Tambah air jika daging masih keras.
  3. Kemudian masukkan santan dan juga kentang. Masak hingga kentang empuk.
  4. Masukkan garam, nisan, dan juga air asam jawa secukup rasa
  5. Masukkan kacang panjang cili hijau.
  6. Setelah pecah minyak dan sebati rasanya, boleh tutup api. 

Rebus daging menggunakan SHEFU Low Pressure Cooker untuk lebih cepat!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sis Norey Yusof (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x