fbpx

Resepi Honey Butter Biscuit Yang Sedap Dan Harum Ni. Buat Lepas Berbuka tau, Sebab Bau Dia Boleh Buat Anda Lapar.

iCookAsia

Ada jenis orang, memang penggemar Biskut betul-betul. Hantu Biskut dipanggil. Pelbagai perisa, topping dan rasa yang mereka suka. Ada sahaja. Dapat pula jika seseorang itu suka memasak dan baking. Sudah semestinya biskut dahulu yang dicuba buatnya!

Haa, jika anda mempunyai ciri-ciri di atas. Disini Admin kongsikan resepi Honey Butter Biscuit daripada seorang pengguna Facebook ini. Nampak begitu mewah tau biskut ni. Dan sudah pasti, rasanya mestilah sedap. Bau satu rumah kalau buat biskut ni. 

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Honey Butter Biscuit ini 🙂

Bahan-bahan:

100 gram butter sejuk

1¼ cawan tepung gandum

½ cawan susu segar

2 sudu besar gula halus

3 sudu teh baking powder

3 sudu teh cuka

Secubit garam

Pewarna kuning lemon (optional)

Cara membuat:


1. Campurkan cuka ke dalam susu. Ia akan menjadi buttermilk.

2. Dalam bekas adunan, masukkan tepung, garam, gula dan baking powder. Gaul sebati.


3. Masukkan butter sejuk. Gunakan hujung jari hancurkan butter menjadi seperti serbuk roti.


4. Masukkan susu. Gunakan senduk, gaul sebati.


5. Sudukan adunan dalam dulang pembakar yang dah dialas baking paper.


6. Bakar 120°, selama 15 minit. Suhu dan waktu ini bergantung pada oven anda ye.


7. Keluarkan dan glaze dengan campuran butter dan madu. Bakar lagi 5 minit.
Biskut ni boleh tahan 2-3 hari di suhu bilik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x