in ,

Resepi Ikan Percik, Memang Sedap Hingga Menjilat Jari!

Biasa kita dengar ayam percik kan? Dengar perkataan percik pun dah boleh termimpi keenakan juadah tersebut. Tapi kali ini, kita ada resepi yang jarang dibuat orang kata iaitu ikan percik. Admin sendiri pun tak sabar rasanya nak cuba resepi ni. Mesti sedap ni, boleh buat makan tengahari dan dinner orang kata hehe

Apa lagi, jom ikut Admin, kita try resepi ni.

Terima kasih Fazz Nik Far untuk perkongsian resipi Ikan Percik ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (untuk dikisar):

3 labu bawang besar

2 lada kering

1 inci halia

3 ulas bawang putih

Bahan B:

Serai dititik

Air asam jawa

Belacan (boleh letak ataupun tidak)

Ikan kembung (yang sudah diperap dan dibakar)

Santan pekat

Garam

Gula

Cara penyediaan:

  1. Masukkan santan, serai, air asam jawa, belacan serta bahan yang telah dikisar sebentar tadi ke dalam kuali. Kacau sehingga pekat.
  2. Seterusnya, letakkan garam dan gula secukupnya untuk memberikan rasa yang enak.
  3. Siap dan jangan lupa masukkan ikan yang telah dipanggang tadi ke dalam kuali.
  4. Siap untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fazz Nik Far(Facebook) 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.