fbpx

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Yang Mudah Dan Sedap. Orang Bujang Pun Boleh Buat.

iCookAsia

Masakan Kicap ini sebenarnya mudah sahaja. Yang sudah berkahwin boleh masak, yang bujang pun boleh masak. Telur kicap, Ayam Kicap, Ikan Kicap adalah antara hidangan yang selalu dihidang. 

Tetapi, kalau ada antara anda semua yang baru sahaja berjinak mahu belajar memasak. Disini Admin kongsikan resepi Masak Kicap daripada seorang pengguna Facebook. Memang paling mudah dan gerenti sedap!

Terima kasih Razzi Hajemi untuk perkongsian resipi Ikan Tenggiri Masak Kicap ini 🙂

Cara memasak:

  1. Gaulkan ikan tenggiri dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit, 1 sudu kecil serbuk kari dan 1 sudu kecil garam. Kemudian goreng sehingga rangup.

Untuk Bahan Kisar:

Bawang merah 3 biji

Bawang putih 2 ulas

Cili 3 biji

Halia 1 inci

  1. Kisar halus bahan kisar. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar. 
  2. Masukkan serai yang telah diketuk. Goreng sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan 2 sudu kicap pedas mahsuri, 2 sudu sos tiram, 1 sudu kicap masin dan 1 sudu sos cili. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong, cili hijau dan tomato.
  5. Gaul sehingga masak kemudian masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng garing. Gaulkan dan siap untuk dihidang.

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Razzi Hajemi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x