fbpx

Resepi Japanese Souffle Pancake, Gebu Dan Mudah Je Nak Buat!

iCookAsia

Kalau sebut je pasal makanan, mesti macam-macam juadah yang akan disebut. Apatah lagi, dessert. Semua jenis dessert memang sedap lah. Beberapa bulan yang lepas, ada salah satu dessert yang viral sampai semua orang share di media sosial mereka mengenai makanan tersebut. Jadi kali ni, Admin nak kongsi dengan korang semua mengenai satu resepi dessert yang sangat sedap.

Jom!

Terima kasih Khairul Hasrol untuk perkongsian resipi Japanese Souffle Pancake ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Untuk Batter):

2 biji kuning telur (gred A)

1 sudu besar susu full cream (brand dutch lady)

1 sudu kecil esen vanilla

3 sudu besar tepung gandum

1/2 sudu kecil baking powder

Bahan B (Maringue):

3 biji putih telur (gred A)

1 sudu kecil jus lemon (boleh pakai cuka)

1/4 cawan gula kastor (pakai cawan metrik)

2 sudu kecil tepung jagung

 Cara pembuatan:

  1. Pertama sekali, dalam bekas, masukkan kuning telur. dengan menggunakan whisk tangan, campurkan kuning telur dengan susu full cream sehingga sebati.
  2. Masukkan esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kacau sehingga semua bahan sebati dan tak berketul. Ketepikan
  3. Seterusnya, dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga soft peak.
  4. Masukkan jus lemon atau cuka.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit (bahagikan kepada 3 bahagian) sehingga habis
  6. Putar meringue sehingga bertanduk dan glossy.
  7. Masukkan tepung jagung.
  8. Campurkan meringue (bahagikan kepada 3 bahagian juga), masukkan sedikit demi sedikit sehingga habis.
  9. Panaskan kuali (disyorkan pakai non-stick yang ada penutup), griskan dengan sedikit minyak.
  10. Scope kan batter pancake, letakkan sedikit air di tepinya, tutup kuali dan tunggu sehingga pancake masak.
  11. Hiaskan pancake bersama fresh cream, nutella dan buah-buahan seperti strawberry dan peach. Taburkan snow powder untuk effect yang mewah.

Tips penting

  1. Pastikan batter pancake tidak terlalu cair. Consistency batter dan maringue sangat penting.
  2. Boleh gunakan piping bag utk pipe kan batter pancake di atas kuali. Cara ini akan menjadi lebih mudah.
  3. Sekiranya batter pancake cair, boleh gunakan parchment paper atau aluminium foil sebagai acuan (mould) untuk dapatkan pancake yg tebal.
  4. Berhati-hati semasa membalikkan pancake kerana adunan pancake agak lembut.
  5. Adunan di atas boleh menghasilkan 5-6 keping pancake yang tebal. So kalau ramai, better gandakan adunan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khairul Hasro(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x