fbpx

Resepi Jualan Pavlova Yang Dikongsikan Oleh Peniaga Ini. Dijamin Sedap, Ramai Repeat Order Tau!

iCookAsia

Mesti ramai suka makan dessert kan? Boleh lah cuba resepi Pavlova ini. Dijamin sedap kerana ramai yang sudah repeat order tau. Bukan itu sahaja, peniaga ini sudah berniaga dari tahun 2014 sampai sekarang. Wajib cuba resepi ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Umi Nazirah perkongsian resipi Pavlova ini 🙂

Bahan-bahan:

Meringue:

4 biji putih telur

200 g gula kastor

1 sudu kecil esen vanila

1/2 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu kecil cuka

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan putih telur dan pukul hingga berbuih gebu.
  2. Kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. Pukul sehingga kembang dan masukkan esen vanilla. Pukul lagi.
  3. Apabila sudah kembang betul, terbalikkan bowl.
  4. Kalau bertanduk dan tak jatuh, itu bermakna sudah okay.
  5. Seterusnya, ambil spatula masukkan tepung jagung dan cuka serta kaup balikkan sekejap. Jangan laju-laju, slow-slow dan sopan sahaja.
  6. Sementara itu, panaskan oven 150C api atas bawah. Bakar selama 1 jam 10 minit.
  7. Apabila sudah siap tutup suis biarkan meringue dalam oven, buka pintu oven sikit.
  8. Akhir sekali, dalam 15 hingga 20 minit baru keluar kan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Nazirah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x