fbpx

Resepi Kek Batik Melting, Yang Boleh Buat Korang Terliur Seminggu!

iCookAsia

Siapa sahaja tidak tahu resepi Kek Batik yang menggunakan Biskut Marie ni kan? Sangat simple dan sedap. Tetapi, Kek Batik sekarang dah upgrade sikit. Ada topping di atas dimana ia dipanggil Ganache Coklat. Campuran whipping cream untuk lapisan atas. Lagi manis dan sedap!

Buat yang suka makanan manis tu, anda patut cuba resipi Kek Batik yang melting ni!

Terima kasih Noor Ashikin Saerah untuk perkongsian resipi Kek Batik Ganache Coklat ini 🙂

Bahan-bahan (Loyang 10 inci x 10 inci):

Lapisan Bawah

2 bungkus (600 g) biskut Marie

1 ketul (250 g) mentega

½ cawan air

â…” cawan susu pekat manis

½ cawan serbuk koko 

1 cawan Milo

2 biji telur

1 sdt pes vanila

Lapisan Atas

1 kotak kecil (200 ml) krim putar tenusu

200 g coklat gelap

200 g coklat susu

2 sdb mentega

½ sdt minyak hazelnut

Cara Penyediaan:

Lapisan Bawah: – Alas loyang dengan kertas pembakar.

  1. Patah-patahkan biskut Marie.
  2. Cairkan mentega di dalam kuali.
  3. Masukkan air, susu pekat manis, serbuk koko dan Milo. Kacau sehingga tidak berketul dengan api kecil.
  4. Masukkan telur dan pes vanila. Kacau dengan cepat. Masak seketika sehingga adunan mula mendidih sebelum menutup api.
  5. Masukkan biskut Marie. Gaul rata.
  6. Masukkan biskut Marie ke dalam loyang. Padat-padatkan. Letakkan ke dalam peti sejuk.

Lapisan Atas: 

  1. Masukkan coklat, krim putar tenusu, mentega dan minyak hazelnut ke dalam mangkuk tahan panas.
  2. Sediakan air panas (simmer) di dalam periuk untuk proses double boil.
  3. Letakkan mangkuk yang berisi coklat ke atas periuk. Biarkan seketika dalam lebih kurang 2 minit.
  4. Setelah 2 minit, kacau ganache coklat sehingga sebati.
  5. Biarkan ganache coklat dalam keadaan suam sebelum dituang ke atas lapisan biskut.
  6. Sendengkan loyang untuk meratakan coklat dan letakkan ke dalam peti sejuk 8-12 jam/ semalaman sebelum dipotong.

Nota: Potong kek batik dengan menggunakan pisau panjang yang dicelup ke dalam air panas. Dan lap pisau sehingga kering dan potonglah mengikut saiz yang disukai.

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noor Ashikin Saerah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x