in ,

Resepi Kek Pisang Viral Yang Gebu Gebas. Sekali Buat, Kalau MenJadi, Mesti Nak Repeat Buat.

Kek Pisang ini hingga sekarang popular dan menjadi kegemaran ramai. Resepi yang sangat simple. Guna blender je pun boleh. Teknik memasak pula? Nak kukus atau bakar pun mana mana menjadi. 

Buat anda yang belum cuba resipi ini, boleh ikut perkongsian resipi di bawah ini. Confirm Menjadi!

Terima kasih Azizah Daud untuk perkongsian resipi Kek Pisang ini 🙂

Bahan-bahan:

5 biji pisang  berangan sederhana besar (dilecekkan dan ketepikan)

2 biji pisang (dihiris nipis untuk hiasan nanti)

1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Kalau tak ada tepung gandum pun boleh)

1/2 cmt soda bikarbonat

1 cmt baking powder

4 cmb tepung jagung

*Bahan diatas semua nya diayak. 

1 cawan gula halus

1 cawan minyak jagung tiasa minyak biasa pun boleh

Secubit garam 

1 cmb ovalette

3 biji telur gred A

1 penutup esen vanila

Cara membuat:

  1. Pukul gula telur ovalette hingga kembang putih. Kemudian, masuk pisang tadi dan minyak pukul sekejap. 
  2. Masukkan tepung, kaup balik hingga rata dan akhir sekali masuk esen vanila. Kacau rata dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak atau majerin. 
  3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180 c dahulu. Hias dengan pisang yang dihiris nipis. Kalau tebal sangat nanti tenggelam. Bakar selama 50 hingga 60 minit, bergantung kepada suhu oven masing-masing.
  4. Cucuk dengan lidi dan bila tak melekat dah masak ataupun bila sekeliling acuan dan renggang sikit tanda kek dah masak. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azizah Daud (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0