fbpx

Resepi Kek Pisang Yang Lembut & Sedap. Pendekkan Waktu Bakar Kalau Nak Buat Muffin.

iCookAsia

Admin pasti ada diantara kita pernah berhadapan dengan situasi dimana Pisan dirumah hampir lembab dan masih banyak. Nak habiskan semua dalam masa sehari dengan makan begitu sahaja, jadi muak pula. Kandungan gula dalam pisang pun tinggi. 

Nak jimat, selain buat Cucur, boleh buat Kek Pisang resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Sangat lembut dan gebu. Nak lebih menarik buat anak-anak, boleh buat guna bekas muffin. 

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Kek Pisang ini 🙂

Bahan-bahan untuk Dikisar:

3 -4 biji pisang sederhana besar atau nak lecek pun boleh

¾ cawan gula kastor

4 biji telur

1 cawan minyak jagung

Esen vanilla

Sedikit garam

*Kisar semua kecuali pisang lebih kurang 5 minit. Kemudian baru masukkan pisang dan kisar sekejap sahaja. 

Bahan-bahan untuk diayak:

1½ cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

Cara membuat:

  1. Tuangkan bahan kisar ke dalam bekas lain. 
  2. Masukkan tepung yang dah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
  3. Panaskan oven 10 minit dulu.
  4. Lengserkan loyang dengan butter dan lapik menggunakan baking paper.
  5. Tuanglah adunan ke dalam loyang dan bakarlah dengan suhu 160°C selama 50 ke 1 jam atau sehingga masak.

*Suhu ikut oven memasing ya. Jika cepat panas, turunkan suhu ikut keperangan warna kek yang disukai.

*Untuk muffin, buat dalam bekas muffin suhu sama selama 20 minit. 

*Nak hias pun boleh, letak kepingan pisang yang dihiris nipis di atas kek sebelum dibakar. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x