fbpx

Resepi Korean Corndog Viral, Buat Sendiri Boleh Letak Cheese Banyak-banyak

iCookAsia

Korean Corndog ni sebenarnya senang je nak buat, hanya perlukan bahan yang sedikit sahaja. Untuk bancuhan tepung pun semuanya bahan yang memang ada dekat rumah kebiasaannya. Jom tengok resepi yang dikongsikan saudari Aisyah Rich.

BAHAN-BAHAN

Sosej 

Cheese slice 

Mozzarella cheese block

Lidi satay

Tepung gandum sedikit

Serbuk roti

BAHAN BANCUHAN TEPUNG

1 cawan tepung gandum

1 biji telur

2 sudu teh serbuk penaik

air/fresh milk secukupnya

1 sudu teh garam

3 sudu besar gula kastor

CARA-CARA

1. Potong sosej menjadi separuh. Potong mozarella cheese mengikut kuantiti yang diinginkan.

2. Cocok sosej dan cheese block pada batang lidi. Balut sosej dengan cheese slice.

 

3. Taburkan tepung gandum sedikit seperti dalam gambar dan biarkan sejuk di dalam peti ais selama 30 minit.

4. Campur bahan bancuhan tepung dan bancuh bagi pekat.

5. Celup sosej dan cheese yang sudah dicucuk ke dalam bancuhan tepung, kemudian golekkan dalam serbuk roti.

6. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Siap.

 

Mudah je kan nak buat Korean Corndog Viral ni, selamat mencuba!

Bagi mendapatkan perkakas memasak yang berkualiti, jom layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x