fbpx

Resepi Korean Garlic Cheese Bread Paling Mudah, Guna Roti Burger Je!

iCookAsia

Sekarang memang viral Korean Garlic Cheese Bread ini, rasanya yang rangup dan inti yang memang menyelerakan, kalau dapat makan panas-panas memang sedap. Sebenarnya mudah je cara nak buat roti ni, lagi mudah apabila resepi ini hanya menggunakan roti burger sahaja, jadi tak payah susah-susah nak buat roti lagi.

Kalau tak pandai buat roti pun takpe, kita tengok je resepi yang dikongsi Nor Emiza Suartam

Resepi Korean Garlic Cheese Bread

BAHAN-BAHAN

6 biji roti burger di belah 4 tp jgn putus.

INTI CREAM CHEESE

250g cream cheese (biarkan pada suhu bilik)

3 sudu makan susu pekat

2 sudu makan whipped cream @ susu cair

Sedikit jus lemon

BAHAN BUTTER GARLIC

250g butter 

7-8 ulas bawang putih (kisar)

1 sudu susu pekat

1 biji telur

Daun parsley kering

 

CARA-CARA

  1. Belah 4 sedikit roti burger.
  2. Campurkan bahan-bahan untuk inti Cream Cheese dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan inti ke dalam piping bag.
  3. Cairkan butter di dalam periuk. Masukkan bawang putih kisar dan susu pekat kemudian kacau dan ketepikan. Selepas sejuk, masukkan telur dan daun parsley, dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan inti krim cheese tadi ke dalam roti yang telah dibelah.
  5. Celupkan roti bahaigan atas ke dalam bancuhan butter garlic. Rendam roti sekejap agar dapat meresap.

6. Bakar roti dalam oven pada suhu 170 dalam 15 minit atau sehingga roti nampak garing (bergantung juga pada oven masing-masing) Siap!

Mudah sahaja kan? Jom buat sendiri, lebih jimat dan boleh makan bila-bila masa yang diinginkan.

Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x