in ,

Resepi Kuah Kacang Sedap. Sesuai Di Makan Bersama Sate, Nasi Impit Atau Daging Bakar.

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun bermula dan tempohnya sehingga Hari Raya. Jadi, sudah tentu ramai yang sedih sekarang ini kerana tidak dapat beraya. Lebih-lebih lagi untuk rentas negeri berjumpa Ibu Bapa dan Atuk Nenek. Betul tak? 

Adakah mood raya anda hilang sekarang ini? Jangan begitu. Jom naikkan semangat raya semula dengan belajar masak sendiri hidangan Nasi Impit Kuah Kacang pada pagi raya nanti. Belajar buat dari sekarang, senang nanti 1 Syawal nak buat. Jom!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Kuah Sate/ Kacang ini 🙂

Bahan-bahan:

2  ½ cawan kacang tanah (disangai tanpa minyak, kemudian blend)

3 sudu besar pes cili kering gemuk (tak pedas)

1 sudu besar kerisik

1 keping gula melaka

3 sudu besar gula perang

1/3 cawan air asam

2 batang serai (*)

2 cm halia (*)

2 cm lengkuas (*)

1 biji bawang besar (*)

3 ulas bawang putih (*)

Garam secukup rasa

Sedikit kicap pekat

3/4 cawan minyak masak

Air secukupnya

Cara memasak:

  1. Blend bahan-bahan bertanda (*)
  2. Masukkan minyak masak. Tumis cili kering dan bahan-bahan yang di blend hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kacang dan sedikit air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan kerisik, air asam jawa, gula melaka dan gula perang dan kicap. Biarkan mendidih dan pecah minyak.

5.Tutup api, dan masukkan garam. Gaul rata.

Nota: Sesuai dimakan dengan nasi himpit, sate ayam bakar dan daging bakar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook) 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0