fbpx

Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style. Memang Menyelerakan!

iCookAsia

Kuey teow sup ini antara comfort food yang ramai orang suka. Kalau tengah demam atau tak berselera, boleh cuba resepi ini. 

Terima kasih Cik Puan Farah untuk perkongsian resipi Kuey Teow Sup Chinese Style ini 🙂

Bahan-bahan:

1 labu bawang putih

Air

Fish ball

Fish cake

Sayur sawi

1 pati kiub ayam

Dada/ isi ayam

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih yang telah dicincang  sehingga keperangan dan naik bau (tak nak tumis pun boleh, terus rebus air)
  2. Masukkan air dalam 3 atau 4 cawan besar. Apabila air dah menggelegak, masukkan kiub ayam dan isi ayam (ini sebagai tambahan).
  3. Masukkan fish ball, fish cake dan tunggu mendidih. Masukkan sayur.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa (boleh letak minyak bijan sedikit untuk wangi)
  5. Isi ayam boleh keluarkan dan dicarik.

Resepi minyak bawang putih:

1 labu bawang putih (dipotong dadu)

Minyak secukupnya

Cara penyediaan:

Tumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup. Dah perang boleh angkat.

Bahan untuk Cili kicap:

Sedikit kicap cair 

Sedikit kicap manis 

Sedikit minyak bijan 

Cili

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Farah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x