fbpx

Resepi Kuey Teow Yang Mudah. Tak Perlu Tunggu Pasar Malam Dah Lepas Ni. Buat Sendiri Macam Chef Di Rumah.

iCookAsia

Pelbagai masakan yang boleh dibuat dengan menggunakan kuey teow ini. Tetapi, yang paling basic ialah kuey teow goreng. Kegemaran ramai dan sangat sesuai untuk sarapan pagi. Bukan itu sahaja, ia menjadi pilihan ramai untuk beli di pasar malam. 

Tapi kalau buat sendiri, lagi best kan? Hasil air tangan sendiri lagi sedap!

Terima kasih Hurun’Iin Malik untuk perkongsian resipi Kuey Teow Goreng ini 🙂

Bahan-bahan:

1 paket kuey teow

6 ulas bawang putih (dicincang)

1 sudu besar cili boh

Sos tiram

Sos cili

Kicap manis

Udang

Fish cake

2 biji telur

1 mangkuk tauge/kucai

Garam

Minyak

Cara-cara:

  1. Rendam kuey teow dengan air panas sebentar untuk keluarkan minyak darinya dan tos air.  Ceraikan helaian kuey teow satu per satu supaya tak melekat sewaktu masak nanti.
  2. Untuk goreng kuey teow, letak kan minyak secukupnya, tumis bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan cili boh, masak sampai pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis secukup rasa.
  4. Masukkan udang dan fish cake, kacau sekali dan masukkan kuey teow.
  5. Pecahkan 2 biji telur dan gaul sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai, tambah garam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hurun’Iin Malik (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x