fbpx

Resepi Kuih Angku, Kuih Cina Inti Kacang Merah. Cantik Betul Hasilnya…

iCookAsia

Admin pasti tidak ramai yang tahu Kuih Angku ini. Merupakan kuih tradisi bagi kaum Peranakan Baba Nyonya. Mungkin pada generasi muda tidak tahu, tapi yang legend ini mesti tahu kan? 

Seperti Kuih Koci, tapi tidak dibalut dengan daun pisang sahaja. Kenyal yang sangat menyelerakan. Kalau anda belum pernah cuba, ini masanya untuk anda cuba tau. 

Terima kasih Echa Sanisah Alung untuk perkongsian resipi Kuih Angku ini 🙂

 Bahan A:

1 paket tepung pulut (boleh guna apa saja jenama)

2 sudu makan tepung gandum

1 sudu kecil garam

Pewarna merah

Air

Bahan B:

Kacang tanah/kacang merah (untuk dijadikan inti)

Minyak masak

Daun pisang

Cara membuat:

  1. Satukan bahan A sehingga menjadi doh yang lembut (Air tu agak-agak sahaja mengikut kuantiti tepung).
  2. Bulat-bulatkan (mengikut saiz yang kita suka). Kemudian, intikan.
  3. Sapukan sedikit minyak pada daun pisang yang telah dipotong bulat. Tujuannya untuk mengelak daripada tepung pulut melekat.
  4. Letakkan doh tepung yang sudah diinti tadi di atas daun pisang.
  5. Sapukan sedikit minyak dipermukaan tepung supaya nampak berkilat.
  6. Susun di dalam loyang pengukus (bertindih pun tak mengapa).
  7. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
  8. Kukus selama 15-20 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Echa Sanisah Alung (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x