Kuih bunga pudak merupakan kuih yang berasal dari negeri Kedah. Kuih ini boleh dikatakan agak rare nak jumpa di negeri lain. Jom kita tengok resepi bunga pudak ini, kena betul-betul mahir baru sedap!
Terima kasih kepada saudari Nur Shuhaida untuk perkongsian resepi Kuih Bunga Pudak ini
Boleh juga cuba resepi popia nestum yang sedap ini.
Bahan-bahan inti:
1 biji kelapa parut (putih sahaja)
1 cawan gula pasir
Sedikit garam
Sedikit perasa ros
Pewarna merah/kuning/hijau
Bahan-bahan kulit:
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 sudu garam halus
Cara membuat:
- Campurkan semua bahan inti dan goreng dengan api sederhana sehingga kering.
- Gaulkan semua bahan untuk kulit dan biarkan selama setengah jam.
- Sediakan kuali dengan api sederhana.
- Ambil 1 sudu adunan tepung, masukkan ke dalam penapis kopi dan ayak tepung tersebut ke dalam kuali. Ayak dalam bentuk bulat.
- Masukkan inti di tengahnya dan lipat menjadi segi empat.
- Biarkan seketika dan angkat. Ulang proses sehingga bahan habis.
Siap! Anda jangan lupa untuk try resepi kuih bunga pudak ini di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Nur Shuhaida (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity