in ,

Resepi Kuih Keria. Sangat Mudah Dan Sedap!

Sebut sahaja mengenai Kuih Keria, mesti semua suka kan. Mana tidaknya, kuih tradisional ini lah yang menjadi kegemaran ramai orang sewaktu kecil dahulu, sampai sekarang pun masih ada yang suka. Admin nak share cara nak buat Kuih Keria yang sangat senang dan sedap

Jom kita try.

Terima kasih Ida Akmal Idameor untuk perkongsian resipi Kuih Keria ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

4 cawan keledek oren atau putih

5 sudu besar tepung gandum

Sedikit garam

Cara penyediaan:

  1.       Pertama sekali, potong keledek kepada beberapa bahagian.
  2.       Kemudian rebus keledek bersama garam sehingga keledek empuk.
  3.       Sejukkkan dan buang kulit keledek.
  4.       Lenyet hingga menjadi lembut dan tidak berketul.
  5.       Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh menjadi bulat.
  6.       Bulatkan doh dan buat lubang di tengah. Goreng sehingga kekuningan.

Bahan B (Untuk Sira):

6 sudu besar gula

Sedikit air ikut (Anggaran kita)

Cara penyediaan:

  1.       Pertama sekali, masukkan gula dan air dalam kuali.
  2.       Kacau sehingga pekat.
  3.       apabila sudah pekat boleh masukkan kuih keria tadi.
  4.       Kacau sampai gula menjadi beku dan melekat di kuih.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Akmal Idameor(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.