fbpx

Resepi Kuih Ketayap. Sedap Dan Lembut Je Bila Dimakan. Kene Cuba Buat Tau!

iCookAsia

Petang-petang mesti ada rasa nak makan kuih kan? Tak perlu beli, boleh buat sendiri sahaja di rumah. Apa kata anda cuba buat Kuih Ketayap ini, resepi yang sedap dan sesuai untuk buat makan petang. Kulit ketayap ni lembut sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rosmini Rozi perkongsian resipi Kuih Ketayap ini ๐Ÿ™‚

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Kulit):

1 cawan tepung gandum

2 biji telur

3 helai daun pandan

1 1/2 cawan santan

1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa

2 sudu besar minyak masak

Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan B (Untuk Inti):

1/2 biji kelapa parutย  (ambil putihnya sahaja)

3/4 cawan gula merah (kalau tak suka manis, boleh kurangkan)

1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa

2 helai daun pandan (disimpulkan)

1/2 cawan air

2 sudu besar tepung gandum

Cara membuat (Inti):

  1. Mula-mula, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  3. Apabila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai.
  4. Sejukkan inti.

Cara membuat (Kulit):

  1. Pertama sekali, blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  2. Campurkan semua bahan kulit dan gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. Guna kaedah ini, adunan tidak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. Simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya.
  6. Kemudian, masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat dan ketepikan. Ulang hingga adunan habis.

Tips:

  1. Sementara menunggu kuih masak di dalam kuali, boleh letak inti pada kuih dadar yang sudah siap tadi.
  2. Ambil satu sudu penuh inti atau lebih, letak atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih Gulung dengan kemas dan ketepikan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Rosmini Rozi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x