fbpx

Resepi Kuih Koci Labu Leleh, Cukup Dengan Rasa Yang Lemak Manis

iCookAsia

Kalau dapat makan Kuih Koci diminum dengan air kopi, memang sangat sedap. Minum pula di waktu petang. Jadi, kali ni Admin nak kongsikan dengan anda semua satu resepi Kuih Koci tapi ada sedikit kelainan iaitu Kuih Koci Labu Leleh.

Dengar pun dah tak sabar nak cuba kan. Labu memang sangat sedap rasanya dijadikan kuih atau inti. Jom kita try

Terima kasih Nor Al Fatihah untuk perkongsian resipi Kuih Koci Labu Leleh ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Untuk Doh):

2 cawan tepung pulut

1 cawan puri labu

(1/2 biji labu di rebus atau kukus) Kemudian, blend tanpa air guna blender yang kering

 Sedikit air

1/2 sudu kecil garam halus

Pewarna kuning (Optional)

Bahan B (Inti Kelapa):

1 biji kelapa parut putih

1/2 cawan air

1 1/2 keping gula melaka

3 sudu besar gula pasir

Secubit garam

1 sudu besar tepung gandum

2 helai daun pandan (Di simpul)

Bahan C (Dadih Santan):

1 cawan santan pekat (Boleh pakai santan kotak)

1 cawan air

1 sudu besar tepung beras

1 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu teh garam halus

Bahan Lain:

Daun pisang secukupnya

Minyak untuk di sapu pada daun pisang

Cara penyediaan:

  1. Untuk inti kelapa, cairkan gula melaka, gula pasir, garam bersama air dan daun pandan.
  2. Masukkan kelapa parut. Kacau sehingga air kering. Kemudian, campurkan tepung gandum. Kacau sebati. Inti jangan terlalu kering. Biarkan ia lembab-lembab sikit baru sedap. Sejukkan inti dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
  3. Untuk doh koci, satukan tepung pulut, puri labu dan garam. Gaulkan ia. Tambah air sedikit demi sedikit dan pewarna kuning sambil gaul sehingga menjadi doh. Dohnya seperti buat doh buah melaka.
  4. Sapu dulang dengan minyak supaya doh tidak melekat pada dulang. Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti di tengahnya. Gentel bulat. Boleh dapat 33 biji koci. Bergantung pada saiz juga.
  5. Kemudian, didihkan air. Rebus doh koci. Bila ia timbul di permukaan air, bermakna ia sudah masak. Toskan. Letak di dalam dulang dulu yang sudah di sapu dengan sedikit minyak. Jarakkan koci supaya ia tidak melekat di antara satu sama lain.
  6. Untuk dadih santan, satukan kesemua bahan. Kacau sentiasa di atas api kecil sehingga pekat dan meletop-letop.
  7. Masukkan koci ke dalam dadih dan gaul perlahan-lahan.
  8. Sapu daun pisang dengan sedikit minyak. Letak koci dan sedikit dadih santan di atasnya. Lipat kedua-dua belah daun pisang.
  9. Kemudian, hujungnya di lipat secara bersilang ke tengah. Seterusnya, lipat lebihan hujungnya ke bawah
  10. Didihkan pengukus terlebih dahulu. Kukus koci selama 5 minit dengan api yang sederhana.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Al Fatihah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x