fbpx

Resepi Kuih Siput Yang Mudah Dan Rangup. Tak Perlu Cari Luar Dah Lepas Ini. Rasa Sama Sedap Macam Di Pasaran.

iCookAsia

Kuih Siput ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Memang sedap betul dijadikan sebagai kudapan ataupun snack. Tetapi, lagi sedap kalau ianya rangup. Nak buat macam susah, jadi kita beli je diluar kan?

Sebelum nak beli diluar tu, apa kata tengok perkongsian resipi kali ini. Dimana, seorang pengguna Facebook membuat kuih siput hanya dengan menggunakan sukatan cawan sahaja. Mudah je kan? Jom cuba!

Terima kasih Nor Azliza Mohamed untuk perkongsian resipi Kuih Siput ini 🙂

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum

1 cawan marjerin

3/4 cawan castor sugar

3  sudu besar serbuk kari ikan/ daging

1 sudu kecil garam

1 biji telur

1 kotak kecil santan (200ml)

Sedikit air sejuk (kocak-kocak bekas kotak santan tadi)

Daun kari secukupnya

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan dan uli hingga jadi doh yang lembut.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
  3. Gentel-gentel doh bulat-bulat kecil sehingga habis dan terap di atas acuan kuih siput/\.
  4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan masukkan kuih siput tadi.
  5. Bila siput hampir nak masak, baru masukkan daun kari. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Azliza Mohamed (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x