fbpx

Resepi Kuih Talam Berlauk & Resepi Kek Crumble Buah-buahan dari Chef Asma

iCookAsia

Resipi Talam Kentang Berlauk:

LAPISAN BAWAH

Bahan-bahan A
220g Tepung beras
30g Tepung jagung
1 ½ sudu Tepung Hoen Kwee putih
200ml Krim Kelapa SAJI
600ml Air
2 sudu kecil Garam Gunung Putih SAJI

Bahan-bahan B
230g (timbang selepas dipotong kulit) Ubi kentang (dipotong dadu & direbus)

LAPISAN ATAS

Bahan-bahan A
6 biji Telur
50g Tepung gandum
150 ml Krim Kelapa SAJI
250 ml Air

Bahan-bahan B
200g Daging/ayam kisar
5 sudu Rempah kari daging
½ biji Bawang besar
5 helai Daun kari
2 ulas Bawang putih
3 ulas Bawang merah
Bunga cengkih, bunga lawang,
Kayu pelaga, kulit kayu manis
Garam Gunung Putih SAJI
Gula
Serbuk pati ayam
Minyak Masak SAJI

Cara-cara membuat:
Cara membuat lapisan bawah:
1. Satukan semua bahan A, kacau hingga sebati. Tapis ke dalam periuk dan kacau sehingga naik wap.
2. Masukkan kentang yang telah direbus.
3. Masukkan kedalam Loyang 10”x10”x3” yang telah dilapik dengan kertas “parchment paper”. 4. Kukus selama 25-30 minit. Apabila masak, tuangkan lapisan atas & kukus lagi selama 30 minit.

Cara membuat lapisan atas:
1. Bancuh bahan A dan ketepikan.
2. Panaskan Minyak Masak SAJI, tumis bahan B kecuali daging kisar hingga naik bau. 3. Masukkan daging kisar, tambahkan sedikit air, masak sehingga empuk & kering airnya. 4. Masukkan Garam Gunung Putih SAJI, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa. Satukan ke dalam bancuhan A.
5. Tambahkan 2 biji telur, kacau sekejap. Tuang keatas lapisan bawah, tabur bahan hiasan dan Kukus selama 30 Minit. Angkat (permukaan atas jangan dilap dengan tisu)
6. Masukkan kedalam oven selama 10 -15 minit, sejukkan, potong dan tabur sedikit bahan hiasan.

Resepi Kek Crumble Buah-buahan

Bahan-bahan:
250g Marjerin
50g Krimer Manis Pekat SAJI
200g Gula aising
250g Telur
250g Tepung gandum/tepung kek superfine
50g Pancake syrup/corn syrup
Bahan hiasan
Buah-buahan dalam tin (peach/apricot/pineapple)
Buah-buahan segar (strawberry, anggur,ceri)

Cara membuat:
1. Putar Marjerin & gula aising sehingga berkrim. Masukkan Krimer Manis Pekat SAJI. 2. Masukkan telur, waffle syrup & masukkan tepung gandum. Putar sekejap sahaja (jangan lama, kalau lama putar buah akan tenggelam ke dalam kek).
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 inci x 10 inci x 2 inci @2.5inci @ 3inci dan susun buah diatas permukaan kek. Taburkan hiasan crumble di atas permukaan kek jika nak buat Fruity Crumble Cake @ jika nak buat Fruity Pastry Cake tak perlu letak crumble di atas permukaan kek.
4. Bakar kek pada suhu 160c hingga masak (bergantung pada oven sendiri), sejukkan sebelum dipotong. Jika suka boleh dihias dengan dusting sugar @ snow powder (jangan guna gula aising untuk hias atas permukaan kek- cepat cair @ larut).

Bahan-bahan crumble mix
40g Soft butter/marjerin
40g Tepung gandum
40g Gula kasar
50g Ground almond/hazelnuts/oat

Cara membuat:
1. Satukan semua bahan, ramas dengan hujung jari hingga jadi crumble.
2. Siap digunakan. Kalau terlebih, boleh disimpan di dalam freezer. Simpan lama pun boleh.

Tips:-
1. Jangan letak banyak sangat crumble atas permukaan kek (nanti akan tenggelam buah ke dalam kek).
2. Jika adunan crumble terlembik @ terlembut, tambahkan sedikit tepung @ground almond @ground hazelnut @oats.
3. Crumble jika ada lebihan boleh disimpan didalam freezer tempat beku.

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
—————————————-
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
——————–
for advertising enquiries, please email to: [email protected]

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x