fbpx

Resepi Kuih Talam Sago. Cakar-cakar Dahulu Sebelum Tuang Lapisan Atas, Baru Melekat Dengan Elok.

iCookAsia

Gabungan kuih talam dan Sago atau Sagu. Kuih ini sudah lama dah orang cuba buat. Memang sedap. Orang kata, berbaloi lah kalau buat. Haa.. yang belum cuba tu, apa tunggu lagi. Senang je, ikut sukatan cawan dan sudu seperti biasa. 

Terima kasih Rozita Hamzah untuk perkongsian resipi Kuih Talam Sago ini 🙂

Bahan untuk Lapisan Bawah:

3/4 cawan sagu

1/2 cawan gula

Air sama paras sagu

Pewarna merah secukupnya

Bahan untuk Lapisan Atas:

1 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung ubi

2 sudu besar tepung jagung

1 cawan santan pekat

2 cawan air

Sedikit garam

Cara membuat: 

  1. Sapu sedikit minyak pada loyang.
  2. Masukkan sagu dan gula dalam loyang, tambah air cuma sama paras sagu sahaja, letak pewarna dan kacau rata hingga gula sebati dengan sagu.
  3. Panaskan periuk kukus.
  4. Kemudian, kukus lapisan bawah selama 10 minit.
  5. Masukkan semua bahan lapisan atas ke dalam periuk, kacau sekejap atas api bagi sedikit pekat. Bila dah masak lapisan sagu, lorek kan dengan garfu kemudian tuang adunan lapisan atas.
  6. Akhir sekali, kukus selama 20 ke 25 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozita Hamzah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x