fbpx

Resepi Kuih Tradisi Dari Kelantan, Kuih Belebat Ubi Keledek Oren.

iCookAsia

Buat peminat Ubi Keledek, pernahkah anda mencuba Kuih Tradisi daripada negeri Kelantan ini? Kuih Belebat Ubi Keledek Oren tidaklah begitu dikenali oleh orang sekarang, tapi masih menjadi kegemaran terutamanya pada rakyat Kelantan. Lembut dan menyelerakan. 

Kalau anda tak pernah cuba hidangan ini, anda patut cuba! Jom ikut resepi sukatan cawan ini. Mudah je!

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Kuih Belebat Keledek Oren ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung jagung (pilihan)

4 cawan santan

3/4 cawan gula

1 sudu kecil garam

1/2 kg keledek oren

Cara membuat:


1. Keledek dikupas dan dipotong dadu. Basuh dan rendamkan selama 1/2 jam. Didihkan air dan toskan keledek.


2. Kemudian, masukkan kedalam loyang dan gaulkan dengan 1/2 sudu kecil garam. Kukus keledek selama 15 minit atau hingga masak (jangan sampai empuk). Apabila dah masak, ketepikan.


3. Bancuhkan bahan-bahan lain dalam sebuah periuk. Kacau rata hingga sebati.


4. Buka api dapur, buka perlahan sahaja. Kacau bancuhan hingga likat dan apabila sudah mula nak berketul, masukkan keledek. Kacau perlahan hingga berketul. Tutup api dapur dan biarkan adunan sejuk.


5. Basuh daun pisang dan layur daun di atas api dapur. Lapkan hingga bersih dan potong daun pisang kepada bahagian kecil (lebih kurang besar tapak tangan).

6. Sudukan adunan keledek ke dalam daun. Bungkus seperti bungkusan nasi lemak dan susun ke dalam kukusan.


7. Didihkan air dan kukus kuih selama 10-12 minit. Apabila dah masak, angkat dan biarkan sejuk untuk lebih sedap dimakan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x