fbpx

Resepi Kuzi Kambing, Tanpa Menggunakan Susu Cair. Guna Yogurt Lagi Sedap!

iCookAsia

Hidangan Kuzi Kambing ini terkenal di negeri Kelantan. Yang membuatkan hidangan ini berlainan daripada hidangan yang lain adalah, ia menggunakan susu cair dalam proses memasak. Tetapi resepi kali ini, tidak menggunakan susu cair tetapi Chef Lin menggunakan Yogurt dalam masakan.

Bukan itu sahaja, proses memasak menu ini bertambah mudah apabila Chef Lin menggunakan 32cm Non- Stick Aluminium Wok daripada SHEFU. Daging pun cepat masak. Jom cuba!

Bahan-bahan:

1 kg daging kambing, didadu
2 sudu besar rempah kari daging } ganti rempah kuzi
1 sudu besar rempah kurma }
1 inci halia, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
¼ cawan minyak
2/3 cawan sos tomato
½ cawan kismis
Air secukupnya
2 biji tomato, didadu
½ cawan badam
½ cawan dadih perisa asli
2 sudu besar gula melaka
1 biji bawang besar, belah 4
2 biji cili merah, belah 2
2 biji cili hijau, belah 2
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
12-13 tangkai cili kering, digunting & rebus lembut

Cara membuat:
1. Perap kambing, rempah kuzi, halia dan bawang putih selama 1 jam.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan sos tomato, kacau rata.
4. Tambah kambing yang telah diperap tadi. Gaul sehingga kering airnya.
5. Masukkan kismis dan air anggaran kambing tenggelam.
6. Masak sehingga mendidih, tambah tomato dan badam.
7. Apabila kambing empuk, masukkan dadih dan gula melaka, kacau rata.
8. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah.
9. Apabila pekat, tambah garam.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x