fbpx

Resepi Laksa Utara, Kuah Padu. Kalau Kena Tekak, Boleh Buat Jual Atau Niaga.

iCookAsia

Isu Laksa dah habis? Tidak mengapa. Yang penting anda sudah mencuba masak untuk semua jenis Laksa? Sudah cuba Laksa Utara. Laksa Utara ini yang peling terkenal. Bukan hanya di negeri Utara je, di negeri Selangor, Kuala Lumpur ini juga terkenal. Kalau jumpa Laksa yang jual di gerai tepi jalan kebanyakkannya mereka jual Laksa Utara lah. 

Kalau anda sudah bosan untuk makan Nasi, apa kata kali ini cuba untuk membuat Laksa. Rasai kesedapan Laksa Utara hasil daripada air tangan sendiri. Jom!

Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Laksa Utara ini 🙂

Bahan Utama:

1 bungkus mee laksa

Bahan-bahan Rebus Ikan

1 kg ikan kembung/pelaling/sardin

3 asam keping

Sedikit garam

Air secukupnya

Bahan-buah Kuah Laksa:

1 batang serai (ketuk)

6 biji bawang kecil (kisar)

2 biji bawang besar (kisar)

15 batang cili kering (kisar)

Air rebusan ikan

Isi ikan (kisar)

Air tulang ikan (kisar dan  tapis)

1 inci belacan bakar 

1 inci halia

3 asam keping

2 batang bunga kantan

Daun kesum

Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:

Telur

1/2 biji limau nipis

Bawang besar (hiris)

Daun selasih/daun selom (hiris)

Cili padi merah (hiris)

Bunga kantan (hiris)

Timun (hiris)

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ikan dengan asam keping dan garam dengan air secukupnya. Apabila sudah mendidih, tutup api biarkan sejuk kemudian asingkan isi dan tulang ikan.
  2. Kisar isi ikan dengan air rebusan. Kemudian kisar pula tulang-tulang dengan air rebusan ikan tapis 2-3 kali dan dapatkan airnya sahaja. 
  3. Tumis serai, bawang besar dan bawang merah kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. Tambah belacan bakar dan sambung tumis.
  4. Masukkan isi dan air tulang ikan. Tambah air rebusan ikan sedikit, jangan terlalu cair sangat.
  5. Masukkan halia, asam keping, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati, tambah garam secukup rasa, masak hingga kuah agak pekat dan tutup api.
  6. Mee laksa rendam dalam air panas, kemudian rebus hingga lembut dan toskan.
  7. Hidangkan mee laksa bersama kuah laksa dan bahan-bahan hiasan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x