fbpx

Resepi Lama Ayam Masak Paprik Yang Tidak Lapuk Ditelan Zaman. Rasa Lebih Sedap Daripada Kedai Makan Thailand.

iCookAsia

Masakan Paprik ini sangat sedap kerana rasa sos nya itu. Lagi pekat lagi sedap. Juga, kalau isinya lagi banyak lagi bertambah puas makan. Kemudian, digandingkan pula dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar. Betul-betul ngam! 

Anda kalau belum tahu bagaimana masak lauk ini, memang patut ikut resipi ini. Confirm tak menyesal!

Terima kasih Nurbaizura SaNi untuk perkongsian resipi Ayam Masak Paprik ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam bahagian dada

Serbuk kunyit sedikit 

Garam secubit sahaja

Caranya:

  1. Potong dadu ayam.
  2. Tambahkan kunyit sikit dan juga garam.
  3. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.

Bahan-bahan untuk Sos:

Bawang merah

Bawang putih

Halia (1 hiris je)

Caranya: Tumbuk 3 bahan-bahan ini sehingga lumat.

Bahan untuk menumis:

Bahan-bahan tumbuk tadi (3 bahan tadi)

Serbuk cili

Serai 1 batang

Daun limau purut

Sos tiram

Sos cili

Kicap manis (Letakkan sedikit sahaja untuk bagi warna sos cantik) 

Cara memasak: 

  1. Tumis 3 bahan tadi bersama serbuk cili, serai dan daun limau purut.
  2. Tumis sehingga garing kemudian masukkan air dan tambah sos cili, sos tiram, kicap.
  3. Tambahkan lagi garam dan perasa. 
  4. Apabila sudah masak pecah minyak sempurna masukkan ayam yang digoreng separuh tadi bersama sayuran (kacang panjang, bawang besar, cili besar) 

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurbaizura SaNi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x