in

Resepi Legend, Air Sirap Bandung 4 Layer. Secawan Confirm Tak Cukup Untuk Berbuka Nanti.

Anda mesti biasa dengar Sirap Bandung 3 Layer kan? Untuk resepi Ramadan tahun ini, Chef Syamil kongsikan cara membuat Air Sirap Bandung 4 Layer tau. Setiap layer tu, menyelerakan betul!

Bahan-bahan:
Kordial sirap
Susu cair
Gula Melaka
Cream cheese
Susu pekat
Whipping cream
Ais batu

Cara penyediaan:
1. Cairkan ½ cawan gula Melaka
2. Campurkan satu sudu kordial sirap dalam 1 cawan air

(Cheese foam)
1. Pukul 30g cream cheese bersama dengan 40g susu pekat
2. Pukul 100ml whipping cream dalam mangkuk yang berbeza sehingga set
3. Campurkan cream cheese yang sudah dipukul dalam bowl whipping cream
4. Gaul dalam kaedah ‘fold’ supaya whipping cream tidak jatuh atau split

Sedia di susun
1. ½ gula Melaka
2. Ais batu
3. 1 cawan susu cair
4. ½ cawan air sirap
5. 2 sudu cheese foam atau secukupnya.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0