fbpx

Resepi Llao Llao Paling Mudah, Memang Dessert Kesukaan Ramai Orang Ni!

iCookAsia

Cakap je mengenai Llao Llao, mesti ramai orang yang tahu. Setiap kali nak beli, confirm akan beratur panjang. Disebabkan keenakan ice-cream Llao Llao yang memang lain daripada yang lain ni, dah menjadi dessert kesukaan ramai sepanjang masa. Tapi disebabkan PKP yang berterusan, tak boleh keluar rumah dah.

Jangan risau lah, jom Admin share cara nak buat.

Terima kasih Mira Harris untuk perkongsian resipi Llao Llao ini 🙂

Bahan-Bahan:

2 cawan whipping cream

7-8 sudu yogurt asli (Boleh kurangkan kalau tak terlalu suka masam)

1 sudu besar ovalette

1/2 cawan susu pekat

Cara penyediaan:

  1.     Pertama sekali, masukkan whipping cream, yogurt dan ovalette ke dalam mixer dan mix kan kesemua bahan tersebut.
  2.     Masukkan susu pekat dan mix kan lagi sehingga kelihatan betul-betul gebu.
  3.     Seterusnya, kacaukan dulu adunan tersebut dan masukkan ke dalam bekas.
  4.     Kemudian, masukkan bekas-bekas tersebut ke dalam peti sejuk.

Korang boleh letak pelbagai topping jugak tau. Lagi sedap nak makan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mira Harris(Tiktok)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x