fbpx

Resepi Mac n Cheese. Guna 4 Bahan Je!

iCookAsia

Kadang-kadang kita dah bosan makan masakan Melayu, sesekali kita tukar masakan Western pula. Boleh cuba resepi ini, senang sangat, bahan pun mudah nak cari.

Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Mac n Cheese 4 Bahan ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan macaroni

2 cawan susu fresh cream

1 cawan serbuk cheese

4 keping keju

Daun parsley untuk hiasan (optional)

 

Cara memasak:


1. Basuh bersih macaroni, tuangkan fresh cream ke dalam periuk.


2. Masukkan ½ cawan air kosong. Hidupkan api.


3. Rebus semua bahan tadi pada api sederhana. Kacau sesekali sehingga macaroni lembut.


4. Perlahankan api, masukkan serbuk cheese dan kacau rata.


5. Padamkan api, masukkan keju slice tadi. Kacau dan biarkan cheese sekata.


6. Sedia untuk dihidang. Boleh taburkan parsley atau chili flakes.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x