in ,

Resepi Masak Lemak Tumis Udang Galah. Tunggu Air Udang Keluar Kalau Nak Dapat Rasa Yang Betul ‘Kick’!

Ada peminat udang galah disini? Atau penggemar masak lemak tumis? Gadingan kedua masakan dan bahan ini betul-betul sedap tau. Tengok gambar pun dah tahu sedap. Makan dengan nasi putih panas-panas ni betul memuaskan. Kenyang perut!

Terima kasih Zaila Ahmad untuk perkongsian resipi Masak Lemak Tumis Udang Galah ini 🙂

Bahan-bahan:

Bawang kecil*

Bawang putih*

Cili kering rebus*

(Semua bahan bertanda * di kisar sampai halus)

3 batang serai ketuk

Asam keping 3 

Santan 1 kotak kecil

Garam 

Gula

Cara memasak:

  1. Tumis bahan-bahan bertanda (*) dan masukkan sekali serai tadi. Tumis sampai garing.
  2. Masuk asam keping.
  3. Kemudian, masukkan udang dan biar air udang keluar.
  4. Letak santan.
  5. Akhir sekali, bagi masakan rasa masam-masam manis.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zaila Ahmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0