in ,

Resepi Mee Hailam. Nak Lebih Sedap, Gantikan Air Kosong Biasa Dengan Air Rebusan Daging.

Hidangan Mee Hailam ni kebiasaannya dihidang untuk orang ramai atau Majlis Keramaian. Sudah pasti ada yang rindu untuk nikmati hidangan ini kan? 

Inilah masanya untuk anda buat makan-makan bersama keluarga. Kalau sibuk pada siang hari, boleh masak untuk makan malam pula. Jom cuba!

Terima kasih Cik Puan Julieta untuk perkongsian resipi Cik Puan Julieta ini 🙂

Bahan-bahan:

5 ekor sotong

10 ekor udang sederhana besar

2 ketul isi ayam potong dadu

1 sudu kecil minyak bijan

½ ketul pati kiub ayam

½ sudu kecil serbuk lada hitam kasar

1 senduk sos tiram

3 sudu besar kicap pekat

2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

3 ulas bawang putih ketuk

2 biji bawang merah hiris 

6 biji cili padi merah/hijau ketuk

2 sudu besar cili kisar

Sedikit gula jika perlu

1 biji tomato belah 4

Bunga kobis *

Putik jagung *

Lobak merah *

Sawi

Bahan hiasan:

Daun sup / bawang goreng

Mee kuning 

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak masak dan minyak bijan. 
  2. Tumis bawang putih sampai perang dan selepas itu, masukkan bawang merah, cili padi, cili kisar dan isi ayam. Kalau ada daging, masukkan sekali daging kacau sekejap.
  3. Kemudian masukkan air, sukatan air ikut kita nak kuah banyak mana. Agak-agak sahaja. 

*Tetapi kalau guna air rebusan daging lagi sedap.

  1. Seterusnya, masukkan lada hitam, kemudian letakkan semua bahan, sos tiram, kicap, pati kiub ayam, udang, sotong dan semua sayur yang bertanda (*). Biarkan mendidih. 
  2. Akhir sekali, masukkan tepung jagung, garam, sayur sawi dan mee biarkan menidih sekejap.  Padam api. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Julieta (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.