fbpx

Resepi Mee Rojak Sedap, Enak Dinikmati Di Waktu Petang

iCookAsia

Petang-petang memang syok kalau dapat makan mee rojak. Kalau boleh buat sendiri, lagi jimat dan senang, nak makan banyak mana pun boleh. Saudari Saleha Maarof telah kongsikan cara untuk buat mee rojak sendiri. Jom kita tengok.

Bahan bahan kuah kacang 

Bawang merah

Bawang putih

Cili kering

Udang kering

Kacang tanah ½ kilo (sangai dan kisar)

Biskut Marie dalam 10 keping (kisar dan dibancuh)

Asam jawa

Cara masak 

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering, panaskan minyak dan bila minyak dah panas tumis bawang yang telah dikisar bersama cili kering.
  2. Bila dah naik bau masukkan air asam jawa ye. Bila dah mendidih masukkan kacang yang telah dikisar tadi.
  3. Masukkan gula garam secukup rasa. Selepas itu masukkan biskut Marie yang telah dibancuh. Masa masukkan biskut marie tu kita kena kacau sebab takut bertetel atau berketul. Kacau sampai lah rasa dah tak berketul ketul ye.

Bahan kuih rojak (cucur)

Tepung gandum

Tepung goreng pisang adabi

Daun kucai (kalau takde letak taugeh pun boleh)

Udang kertas

Yis (ambil setengah yis dan bancuh dengan air )

Cara masak 

  1. Macam saya sebab makan dalam hidangan yang kecil jadi sukatan tepung gandum tu saya sukat guna bekas taufu fa. Jadi ikut berapa banyak kita nak buatla ye.
  2. Letak tepung gandum tu dalam 2 bekas. Lepas tu masuk 3 sudu tepung goreng pisang adabi.
  3. ½ yis yang telah dibancuh lepas tu tambah garam dan gula. Masukkan udang kertas dan daun kucai/tauge.
  4. Bancuh kesemua bahan tu dalam satu bekas. Jangan terlampau cair dan jangan terlalu pekat. Sedang sedang saje ye.

Bila dah siap bancuh dalam setengah jam tu boleh la goreng.

Bahan2 lain utk campur dlm rojak 

Mee kuning

Timun

Tauge (letak boleh tak letak pun ok )

Sengkuang

Tauhu goreng

Telur rebus

Salad

Siap. Boleh buat banyak-banyak nanti buat stok. Nak makan cuma panaskan sahaja.

Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x