in ,

Resepi Mee Tepung Versi Chinese Style, Simple Tapi Sangat Sedap!

Sebut sahaja mengenai Chinese food, mesti ramai yang tahu. Chinese food merupakan salah satu koleksi makanan yang sangat popular dengan keunikan dan kelazatan setiap hidangan yang dipersembahkan seperti Mi Tarik dan Dimsum.

Bukan itu sahaja, banyak Chinese Muslim restaurant yang sudah dibuka di mana ia memberi peluang kepada ramai orang untuk merasa makanan yang berbeza. Jom Admin share satu resipi untuk buat Mee Tepung Chinese Style.

Terima kasih Noniey Niey untuk perkongsian resipi Mee Tepung ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Kuah Sup):

Sedikit ikan bilis atau kiub ikan bilis (Nak letak dua-dua pun boleh)

Bawang holland (separuh)

Bawang putih (Nak letak lebih pun boleh)

Isi ayam

Cara penyediaan:

  1. Pastikan untuk rebus semua bahan-bahan di atas.

Bahan B (Untuk Mee Tepung):

1 1/2 cawan tepung gandum

1 biji telur

Garam

Air

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, mee teoung harus dibuat sendiri dengan kaedah uli.
  2. Campurkan kesemua bahan diatas dan uli.
  3. Untuk memastikan ia lembut, biarkan adunan itu buat seketika. Apabila sudah siap, carik-carik kan ia dan letakkan ke dalam sup serta rebus sehingga masak.

Bahan C (Untuk Hiasan):

Tofu ikan

Fish ball

Daun cekur manis (Boleh letak apa-apa jenis sayuran)

Bawang goreng

Cili potong dan letak kicap

Ikan bilis (Digoreng)

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noniey Niey(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.