fbpx

Resepi Merah Menyala, Kuih Sagu Merah Kelapa. Sedap, Mudah Dan Lembut.

iCookAsia

Siapa sahaja tidak tahu Kuih Tradisional, iaitu Kuih Sagu Kelapa ini, betul tak? Jika anda penggemar kuih ini, elok sangatlah untuk mencuba buat di rumah pada musim PKP ini. Kita cuba kurangkan pembelian di luar untuk langkah selamat. Tengok daripada perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ni pun menarik. Warna yang digunakan pula pekat, wah tertarik Admin nak cuba. 

Terima kasih Saiful Nasuha untuk perkongsian resipi Kuih Sagu Merah Kelapa ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan sagu

2 1/2 cawan air

1 1/2 cawan gula pasir

2 sudu kecil pati sirap rose

Kelapa parut

Sedikit garam

Daun pandan

Cara membuat:
1. Basuh sagu dan toskan.
2. Masukkan sagu ke dalam pan.
3. Tuangkan air.


4. Masukkan gula, sirap rose dan daun pandan. Masak sehingga pekat.


5. Kemudian, tuangkan kedalam loyang. Dan kukus sehingga sagu jernih.


8. Apabila sudah siap, biarkan sejuk (kalau nak cepat masukkan ke dalam peti ais).
9. Potong dan gaul ke dalam kelapa parut yang dicampur bersama sedikit garam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Saiful Nasuha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x