fbpx

Resepi Mi Bakso Sedap Dan Ringkas. Boleh Cuba Di Rumah Ni

iCookAsia

Makan Mi Bakso lagi best kalau ada daun sup kan, baru rasa dia akan lebih wangi dan sedap. Pekena pula dengan sambal yang cukup pedas. Confirm tak cukup satu mangkuk sahaja ni. Rasa nak tambah je.

Jom Admin kongsikan dengan anda semua cara nak buat resipi ini.

Terima kasih Yani Yati untuk perkongsian resipi Mi Bakso ini 🙂

Bahan-Bahan:

1 bungkus besar  mi sedap (Ada 5 peket)

Air (Boleh agak-agak)

Bebola daging

Tetel (Optional)

Cili merah

Sos ABC

Kicap ABC

Bawang putih

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, didihkan air.
  2. Masukkan rencah mi sedap.
  3. Masukkan bawang putih yang diketuk.
  4. Masukkan bebola daging dan tetel.
  5. Masak sampai empuk.
  6. Kemudian, masukkan garam, daun sup dan bawang.
  7. Tumbuk cili padi merah dan campur bawang putih dengan sediikit gula beserta air untuk buat sambalnya.
  8. Boleh makan dengan sos dan kicap ABC.

Untuk pengetahuan anda, tetel ialah bahagian daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang, lemak biasa dan lemak harimau menangis.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yani Yati(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x