fbpx

Resepi Mi Kuah Tradisi Kelantan, Simple Je Tapi Sedap!

iCookAsia

Makanan Kelantan memang semua sedap. Dengan keunikkan setiap hidangan tu membuatkan ianya lagi menarik dan ramai yang teringin nak cuba. Apa kata hari ni cuba satu resipi yang menjadi tradisi Kelantan. Confirm tak cukup makan satu mangkuk hehe.

Jom kita try.

Terima kasih Rohan Ida Saswaliza untuk perkongsian resipi Mi Kuah Tradisi Kelantan ini 🙂

Bahan-Bahan:

3 ulas Bawang putih.

Daging atau ayam atau sotong atau udang

Telur

Sos cili

Sos tiram

Kicap

Mi kuning

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Seterusnya, masukkan daging atau ayam atau sotong (kalau guna udang masukkan udang semasa letak telur sebab udang sebab kalau overcook nanti jadi tak sedap).
  3. Kemudian, agak-agak lauk dah masak, masukkan air.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit kicap. Ikut selera ye nak tahap kepekatan macam mana.
  5. Masukkan telur dan sayur.
  6. Masukkan garam dan Ajinomoto (Optional).
  7. Masukkan mi kuning.
  8. Kacau selama 2 minit dan siap untuk dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rohan Ida Saswaliza(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x