fbpx

Resepi Milky Chocolate Cakes. Rupanya Yang Cukup ‘Perfect’! Ramai Dah Cuba, Betul-Betul Menjadi.

iCookAsia

Bukan senang nak dapat perkongsian resepi yang betul-betul menjadi secara percuma kan? Seperti perkongsian resipi di bawah ini, beliau mempunyai kedai bakery sendiri di Rawang dan Setia Alam. Dan resipi ini mendapat ‘shares’ sebanyak 18K. Wow! Ni mesti confirm sedap!

Terima kasih Azlina Ina Fans untuk perkongsian resipi Milky Chocolate Cakes ini 🙂

Bahan-bahan:

5 biji telur gred B

1 sb ovalette

1 cawan gula halus (200-210g)

2 cawan tepung self rising (200g)

4 sudu besar /30g serbuk koko

1 sudu besar emolco coklat

1 sudu kecil esen creamy vanilla

1/4 cawan (60g) susu kotak coklat dutch lady

½ cawan butter (dicairkan)

Caranya:

  1. Campurkan semua bahan kedalam mixer dengan menggunakan kelajuan yang perlahan.
  2. Apabila sudah sebati, gunakan high speed sehingga adunan menjadi daripada warna dark brown kepada soft brown (bergantung pada kelajuan mixer masing-masing).
  3. Matikan mixer dan masukkan 1/2 cawan butter yang telah dicairkan. 

*kalau anda tidak ada butter, boleh gunakan minyak jagung (70-80g).

  1. Selepas itu, alas loyang 6 dengan baking paper dan tuang adunan 420g. Adunan akan dapat 2 loyang.
  2. Panaskan oven dahulu selama 5 minit pada suhu 180. Hentak sedikit loyang dan bakar suhu 170 selama 45 minit, api atas bawah.
  3. Sudah siap, terbalik kan di board yang dilapik tisu dapur kemudian terbalik kan semula. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azlina Ina Fans (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x