in ,

Resepi Mudah Buat Aiskrim Vanilla & Coklat Homemade. Guna Serbuk Coklat Minuman, Lagi Sedap Berlemak.

Cuaca yang tidak menentu ini, buat tekak lebih rasa nak benda sejuk sahaja selalu. Nak makan Aiskrim hari hari yang beli di luar, rasa macam membazir pula kan. Haa, jom Admin kongsikan cara jimat. Iaitu dengan membuat Aiskrim Homemade seperti seorang pengguna Facebook ini. 

Ikut je adunan atau resepi yang dikongsikan. Boleh dapat satu bekas Aiskrim seperti yang dijual di luar tau. 

Terima kasih Kak Long Azzu Riana untuk perkongsian resipi Aiskrim Vanilla & Aiskrim Coklat Homemade ini 🙂

Bahan untuk Aiskrim vanilla:

1 tin susu cair (susu kotak pun boleh tapi lebih suka susu cair)

2 sudu besar ovalette 

1 penutup esen vanilla

4 sudu besar susu pekat manis (nak manis boleh tambah lagi)

Cara penyediaan:

  1. Mix smua bahan dalam 15 minit sampai adunan gebu dan kental.
  2. Kemudian, simpan dalam peti semalaman.

*Adunan kalau cukup gebu boleh memenuhi satu bekas aiskrim.

Bahan untuk Aiskrim coklat:

1 tin susu cair 

2 sudu besar ovalette 

2 sudu besar susu pekat manis (boleh kurangkan susu)

4 sudu besar menggunung serbuk coklat (serbuk coklat yang untuk bancuh minuman tu sebab rasa dia lemak)

Cara penyediaan:

  1. Mix semua bahan dalam 15 minit sampai adunan gebu kental. 
  2. Kemudian, simpan semalaman dalam peti ais..

*Adunan kalau cukup gebu boleh memenuhi satu bekas aiskrim.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Kak Long Azzu Riana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.