in ,

Resepi Mudah Burnt Cheesecake Menggunakan Air Fryer. Sesuai Untuk Buat Menu Petang Ni

Mesti ramai yang suka makan cheese kan? Dah macam-macam jenis hidangan yang dibuat berasaskan cheese ni. Sedap dia boleh bawa mimpi. Apatah lagi, Burnt Cheesecake. Rasa dia yang berlemak, aroma burnt itu dan penuh dengan cheese menambahkan lagi kelazatan kek tersebut.

Admin pun ikut terliur dah ni. Jom kita try.

Terima kasih Wan Zakiah Wan Ngah untuk perkongsian resipi Burnt Cheesecake ini 🙂

Bahan-Bahan:

Sebuku cream cheese 250 g (Boleh guna apa-apa jenama)

Sekotak kecil whipping cream (200 ml)

3 sudu tepung gandum

Satu tudung esen vanila

3 biji telur

1/2 cawan gula

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, kisarkan sahaja kesemua bahan.
  2. Seterusnya, masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan baking paper. Pastikan sapu marjerin terlebih dahulu.
  3. Bakar dalam air fryer dengan suhu 180 selama 35 minit.
  4. Akhir sekali, sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Wan Zakiah Wan Ngah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.