X

Resepi Mudah Kailan Ikan Masin, Rasa Sama Macam Di Kedai. Confirm Sedap Ni!

Dapat makan Kailan Ikan Masin sedap juga ni, ditambah pula ada nasi panas dan telur dadar. Perfect orang kata. Dengan rasa ikan masin, memang kaw habis hidangan ini. Tak perlu pergi kedai dah, cuba sahaja resepi ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ameera perkongsian resipi Kailan Ikan Masin ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan masin (Boleh guna Ikan Masin Tenggiri)

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 sudu besar sos tiram

Sayur kalian

Cili padi

1 biji cili besar merah

Cara membuat:

  1. Mula-mula, goreng ikan masin terlebih dahulu dan garingkan.
  2. Masukkan bawang besar.
  3. Seterusnya, masukkan pula bawang putih yang dicincang sederhana halus.
  4. Masukkan pula sos tiram.
  5. Kemudian, masukkan sayur.
  6. Masukkan cili padi.
  7. Akhir sekali, masukkan cili besar merah. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ameera(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More