in ,

Resepi Mudah Kuih Dangai Hanya Dengan Menggunakan 4 Bahan Sahaja Dah Siap!

Kuih Dangai dikatakan berasal daripada utara. Tapi semua orang dari pelosok negeri pun makan kuih ini. Dengan rasanya yang cukup lemak masin, makin bertambah kelazatan kuih ini. Cara nak buat pun senang sangat.

Jom kita try.

Terima kasih Umira Nor Azazudin untuk perkongsian resipi Kuih Dangai ini 🙂

Bahan-Bahan:

1 biji kelapa putih

1 cawan tepung pulut

 2/3 cawan gula

Secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, gaul sebati semua bahan. Memang kering tau. Tiada campur dengan air walaupun setitik.
  2. Kemudian, tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8×8.
  3. Ratakan. Jangan tekan-tekan dan biarkan ia loose begitu.
  4. Seterusnya, tabur sedikit gula atas nya. Apabila dah siap bakar nanti, dangai itu akan kelihatan cantik seperti ada bling-bling.
  5. Akhir sekali, bakar selama 30 minit pada suhu 180°.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umira Nor Azazudin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.