fbpx

Resepi Mudah, Mihun Goreng. Pastikan Daging Dipotong Kecil-Kecil, Baru Cepat Masak.

iCookAsia

Menu Mihun/Bihun Goreng ini antara menu sarapan yang selalu dihidang atau dimasak. Setuju? Paling mudah untuk dapati, sudah pasti di gerai tepi jalan. Bukan untuk sarapan sahaja, malah selalu juga dihidang oleh pihak catering yang menyediakan mihun dalam satu tray yang besar. Apabila satu hidangan boleh dimasak secara banyak, pastilah mudah untuk memasaknya kan?

Tetapi adakah dikalangan pembaca disini yang tidak tahu cara yang sedap untuk membuat Mihun Goreng? Jom, admin kongsikan resepi yang sangat mudah dan sedap oleh seorang pengguna Facebook ini. 

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Mihun Goreng ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 bungkus bihun direndam hingga lembut

1 cawan daging

1 cawan kubis

3 sudu besar pes cili kering

4 ulas bawang putih (ketuk)

kicap manis (optional)

2 sudu besar sos tomato

3 sudu besar pes cili kering yang dikisar

3 sudu besar sos cili

sedikit air

sedikit gula dan perasa (jika suka)

1 biji telur

Cara membuat:

  1. Panas minyak goreng telur hingga masak. Ketepikan. Masukkan sedikit minyak dalam 1/2 senduk. Tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
  2. Masukkan pes cili kering. Biarkan hingga pecah minyak
  3. Masukkan sos tomato, cili sos dan air. Kacau rata.
  4. Masukkan daging. Biarkan mendidih hingga daging empuk. Masukkan mihun, sedikit kicap,  gula (untuk rasa yang simbang), garam secukupnya dan perasa (jika suka).
  5. Masukkan  sayur kubis (nak letak sayur lain pun boleh, ikut suka). Kacau rata dan tutup api.

Tips: Daging potong kecil-kecil supaya cepat empuk. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x