in ,

Resepi Mudah Otak-Otak Ikan Selayang. Memang Terlajak Sedap Ni

Otak-otak ni memang sangat sedap untuk buat makan petang. Bukan itu sahaja tau, dengan rasa isi ikan yang padat menambahkan lagi keenakan hidangan itu. Bau otak-otak yang dibakar itu saja pun dah wangi, apa lagi kalau dapat makan.

Jom kita cuba.

Terima kasih Mariah Khalid untuk perkongsian resipi Otak-Otak Ikan Selayang ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

1/2 kilo ikan Selayang (Ambil isi sahaja dan potong kecil)

Bahan B (Untuk Dikisar):

1/2 biji kelapa parut muda

3/4 cawan air

10 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)

8 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 sudu besar rempah masak cap rose

5 sudu besar gula melaka atau gula

1 sudu kecil garam

Sedikit air asam jawa

Cara penyediaan:

  1.       Pertama sekali, satukan semua bahan diatas.
  2.       Perap selama setengah jam.
  3.       Kemudian letakkan rempah dan ikan dalam daun kelapa.
  4.       Akhir sekali, bakar di atas pemanggang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mariah Khalid(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.