X

Resepi Mudah Tomyam Thai Dijamin Sedap. Lagi Banyak Guna Pes Tomyam Lagi KAW!

Mesti sedap kan dapat makan Tomyam dengan nasi panas. Ditambah pula ada hidangan sayuran seperti Kailan Ikan Masin. Hari ini, Admin nak kongsikan satu resepi Tomyam Thai yang sangat mudah dan sedap tau rasa nya. Memang terasa kaw hidangan ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Noriezawaniey Zawal perkongsian resipi Tomyam Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

Susu cair (Boleh sahaja brand apa pun)

Lengkuas

Daun limau

Cili (Ditumbuk, kalau taknak pedas, tak perlu letak)

Bawang holland

Bawang putih (ketuk)

Serai (ketuk dan hiris)

Akar daun ketumbar

Bunga kubis dan putik jagung

Tomato

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, masukkan air dalam periuk atau kuali. Boleh sahaja banyak mana pun.
  2. Masukkan akar ketumbar.
  3. Masukkan ayam.
  4. Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan dalam pinggan putih seperti gambar di bawah.
  5. Masukkan pes tomyam sebanyak mana anda mahu. Lagi banyak lagi sedap.
  6. Seterusnya, masukkan bunga kubis dan putik jagung. Boleh sahaja nak letak sayuran lain.
  7. Masukkan garam dan ajinomoto.
  8. Apabila sudah mendidih sikit terus masukkan tomato dan susu cair sebanyak mana yang diinginkan tapi jangan terlalu banyak.
  9. Akhir sekali, boleh terus tutup api dan taburkan daun ketumbar di atas. Tidak perlu air limau kerana pes tomyam sudah masam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noriezawaniey Zawal(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More