in ,

Resepi Mudah Untuk Hidangan Anak-Anak, Butter Mayo Chicken. Perap Lama-lama, Baru Ayam Sedap Berjus.

Sudah bosan masak Ayam Masak Kicap? Disini, Admin kongsikan resipi yang lain daripada yang lain dan ala moden sekarang. Bukan resipi dulu-dulu, jadi orang dulu-dulu patut cuba resipi ni. Mana tahu, kalau dihidang pada anak-anak sekarang, mereka suka dan puji masakan anda? 

Terima kasih Nor Shahliza untuk perkongsian resipi Butter Mayo Chicken ini 🙂

Bahan Utama:

8 ketul ayam cuci bersih dan toskan

Bahan perapan:

2 sdb butter (cairkan, masuk dalam microwave 1 min)

5 sdb mayonis

2 sdb sos tiram

1 sdb kicap manis

2 ulas bawang putih tumbuk kasar

2 tangkai daun ketumbar hiris

Sedikit maggi cukup rasa

Cara memasak:

  1. Kacau semua bahan dan gaul rata pada ayam. Perap ½ jam. Lagi lama lagi sedap.
  2. Masak atas pan sehingga ayam masak sempurna. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
  3. Pastikan api sederhana bagi mengelakkan ayam menjadi hangus. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Shahliza (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0