in ,

Resepi Nasi Ayam Special. Nampak Ayam Sedap Berjus Je, Terliur Tengok!

Kalau nak dapatkan resepi Nasi Ayam, memang banyak dan senang je. Tapi kalau anda terjumpa resepi ni, ini petanda anda kena cuba resepi Nasi Ayam Special ini pula. 

Ramai dah yang comment, rasa menarik tengok resepi ini. Sebabkan Ayam Peha yang boleh buat teliur dan mengancam. Jom buat Nasi Ayam ikut resepi ni!

Terima kasih Mdm Kelly untuk perkongsian resipi Nasi Ayam ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam bahagian paha

Stok ayam

Halia

5 ulas bawang putih 

Cara memasak:

  1. Basuh bersih ayam rebus ayam dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk. 

*Air mesti banyak sebab nanti akan guna untuk masak nasi, sup, sos dan kicap. 

  1. Apabila sudah mendidih angkat ayam dan toskan.

Bahan perapan ayam (untuk 2 ketul paha ayam):

2 sudu gula perang

2 sudu madu

1/2 cawan kicap manis

2 sudu sos tiram

1 sudu kecil lada hitam

Garam

Minyak bijan

Cara penyediaan:

  1. Gaul semua bahan dan perap ayam dalam 30 minit.
  2. Bakar dalam 30 minit suhu 180. Sebelum bakar sapu butter dan minyak bijan. 
  3. Sudah siap masak pun sapu lagi butter dan minyak tadi untuk dapat hasil yang menarik.

Bahan-bahan untuk Nasi:

2 cawan beras basmathi

Minyak sapi

Butter

Daun Pandan

Serai

Halia 

4 sekawan

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak sapi dan butter dalam periuk nasi elektrik. 
  2. Tumis daun pandan, serai, halia dan 4 sekawan hingga naik wangi. 
  3. Masukkan beras gaul sebati. Kemudian, masukkan 3-3 1 /2 cawan air stok ayam tadi. 
  4. Masukkan garam dan gaul sebati. Alihkan ke atas periuk elektrik dan biar hingga masak. Apabila sudah masak, gaul-gaulkan nasi supaya masak sekata.

Cara untuk buat Sos Cili:

  1. Kisar 4 biji cili merah dengan seulas bawang putih. Guna air stok ayam tadi juga.
  2. Masak dengan api perlahan. Masukkan sedikit gula, garam, cuka, sos cili. Agak-agak sahaja letak ni, untuk bagi dapat rasa sos. Nak pekat letak sikit tepung jagung yang dibancuh sedikit air.

Cara untuk buat Sos Kicap: Lebihan bahan perapan ayam tadi masak bersama sedikit air stok ayam. Kalau tak masin, boleh tambah garam. Dah mendidih tutup api. 

Cara untuk sediakan Sup: Lebihan air stok ayam tadi panaskan, tambah garam dan kiub ayam. Masak hingga mendidih.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mdm Kelly (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.